Di Malaysia, 13 spesies buluh komersial telah dikenal pasti berdasarkan kepada penggunaannya oleh pihak industri. Antaranya ialah buluh beting, semantan, tumpat, beti, brang, lemang, semeliang, nipis, minyak, duri, galah, gading dan betung
Buluh mempunyai 1001 kegunaan dan boleh dikategorikan kepada 15 kegunaan utama iaitu semaian, perladangan, pembinaan, hiasan dalaman, perabot, kraftangan, tekstil dan fabrik, makanan, ubatan, pengangkutan, budaya dan hiburan, tenaga, ekopelancongan, pertanian dan wangian
Buluh dikategorikan dalam kumpulan monokotiledon dari famili rumput Poaceae atau Gramineae yang boleh dikelaskan kepada sub-famili kecil Centothecoideae dan lima sub-famili besar iaitu Arundinoideae, Pooideae, Chloridodeae, Panicoideae, dan Bambusoideae.
Buluh tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik di kawasan beriklim tropika, sederhana dan separa-tropika. Buluh biasanya dijumpai di kawasan hutan terutamanya di kawasan lapang selepas aktiviti pembalakan, tebing sungai, lereng berbukit dan kawasan terbuka seperti dataran dan tanah pamah.
Komponen utama buluh ialah rizom, akar, batang, dahan, daun, dan bunga tetapi dua ciri yang paling ketara ialah rizom dan batang. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu simpodial (berumpun) dan monopodial (tunggal/ running bamboo). Keseluruhan buluh di Malaysia adalah bersifat simpodial dengan setiap rumpun biasanya terdiri daripada 25-60 batang bergantung kepada spesies.
Membekal pelbagai spesies anak pokok buluh sama ada spesies komersial tempatan, spesies untuk tujuan hiasan (ornamental/ landscape) dan lain-lain.
Peladang/ penanam pokok buluh untuk tujuan komersial/ jualan/ kegunaan sendiri.
Pengusaha produk-produk berasaskan buluh seperti bahan makanan, barangan kegunaan harian, perabot, kraftangan dan lain-lain.
Pemborong bahan mentah/pokok buluh/barangan/produk berasaskan buluh untuk dipasarkan/ diedarkan kepada pengusaha/penjual/peruncit.
Penjual barangan/ produk berasaskan buluh sama ada secara kedai fizikal atau atas talian.
Pengusaha hotel, chalet, resort, tempat peranginan sama ada untuk kegunaan awam/ komersial/ persendirian.
© FRIM. All Rights Reserved. Developed by ICT FRIM 2024