Untitled Document
     logmasukLog Masuk

Pengenalan

Pengenalan

Laman sesawang BambooXpress adalah sebuah platform rujukan yang dibangunkan bertujuan menghubungkan semua pihak berkepentingan dan merapatkan jurang pemasaran dalam industri buluh. Sistem ini mempunyai maklumat landskap industri buluh di Semenanjung Malaysia meliputi pemain industri, penyelidikan, penerbitan serta perkhidmatan/pensijilan yang disediakan oleh agensi berkaitan. Maklumat tentang pemain industri buluh diperoleh daripada hasil bancian yang dijalankan pada 2023 meliputi 114 pemain industri yang memainkan peranan sebagai pembekal anak buluh (11), penanam/pembekal bahan mentah (39), pengeluar/pengusaha (63), peruncit (5) dan penyedia perkhidmatan lain (16). Sistem ini juga menyediakan maklumat spesies buluh dan aplikasi buluh di Malaysia.

Platform ini adalah satu inisiatif FRIM bagi menyediakan pusat rujukan produk hutan bukan kayu di samping memperkasa industri buluh sebagai sumber ekonomi baharu negara. Kelestarian dan maklumat asas dalam landskap industri buluh amat penting dalam mencapai sasaran Pelan Strategik Buluh 2021-2030.

Pengguna yang disasarkan

  • Pemain industri buluh
  • Pengguna produk buluh
  • Penyelidik
  • Penggubal dasar
  • Pensyarah
  • Pelajar
  • Orang awam

© FRIM. All Rights Reserved. Developed by ICT FRIM 2024