| Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA |
Perkhidmatan |
Koperasi puncak yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara Malaysia. |
| Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) |
Perkhidmatan |
Meningkatkan pembangunan ladang hutan komersial yang mampan di Malaysia melalui perkhidmatan sambungan yang berkualiti tinggi. |
| Forest Research Institute Malaysia Incorporated Sdn Bhd. (FRIM Inc) |
Perkhidmatan |
Menjual anak pokok buluh dan membekalkan sijil pendaftaran anak pokok melalui Perjanjian (Langganan) Sistem Inventori Anak Pokok FRIM. Menyediakan latihan teknikal berkaitan spesies Buluh. Terdapat galeri buluh untuk lawatan. |
| Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) |
Perkhidmatan |
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman, ternakan dan makanan. |
| Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) |
Perkhidmatan |
Memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengurusan sumber hutan Malaysia, serta menggalakkan amalan pengurusan hutan lestari. |
| International Network for Bamboo and Rattan (INBAR) |
Perkhidmatan |
Organisasi antarabangsa yang berfokus kepada pembangunan lestari dengan memanfaatkan buluh dan rotan. Peranan INBAR bersifat global, melibatkan pelbagai negara, termasuk industri buluh di Malaysia. |
| Jabatan Perhutanan Sarawak |
Perkhidmatan |
Sebuah agensi yang mempunyai visi untuk diiktiraf secara global dalam Pengurusan Hutan Lestari. Berperanan mengurus dan membangunkan sumber hutan untuk kelestarian sosioekonomi dan alam sekitar melalui pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan. |
| Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) |
Perkhidmatan |
Bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia. |
| Jabatan Pertanian |
Perkhidmatan |
Menilai, mengubah suai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian. |
| Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah |
Perkhidmatan |
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan. |
| Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) |
Perkhidmatan |
Memacu sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing dan lestari demi pembangunan sosio-ekonomi negara. |
| Kementerian Perladangan Dan Komoditi |
Perkhidmatan |
Membangun dan memperkasa agrikomoditi secara mampan dan seimbang dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar serta memastikan kemakmuran dikecapi bersama bersesuaian dengan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030. |
| Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) |
Perkhidmatan |
Menerajui proses-proses transformasi dalam sektor pertanian terancang, bersepadu dan menyeluruh berteraskan penggemblengan seluruh pemikiran dan tenaga organisasi ke arah pencapaian matlamat Dasar Agromakanan Negara. |
| Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) |
Perkhidmatan |
Memainkan peranan dalam menerajui teknologi dan inovasi terkini untuk meningkatkan daya saing global negara. Memperluaskan pembangunan teknologi negara dengan memantapkan dasar dan peraturan. |
| Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) |
Perkhidmatan |
Memastikan pelestarian alam sekitar dan air yang mampan melalui penggubalan dasar, pematuhan perundangan, aktiviti mitigasi, adaptasi dan pendidikan, selaras dengan standard serta amalan antarabangsa. |
| Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) |
Perkhidmatan |
Berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. |
| Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak |
Perkhidmatan |
Meningkatkan kesejahteraan keseluruhan masyarakat luar bandar melalui pembangunan tanah untuk pertanian perladangan. |
| Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) |
Perkhidmatan |
Menjadi agensi terunggul dalam menjana pembangunan industri perkayuan yang berdaya saing. Mengawal selia dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu. Memajukan dan membaiki perdagangan dan pasaran kayu. Menyelaraskan aktiviti bagi pemasaran dan perkapalan kayu yang berkesan. |
| Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) |
Perkhidmatan |
Menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial pertubuhan-pertubuhan peladang. LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama iaitu : fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi sebagai agen Pembangunan. |
| Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) |
Perkhidmatan |
Menjadi organisasi peneraju yang membangunkan industri kayu Malaysia menjadi peneraju dunia dalam pembuatan dan perdagangan produk kayu. |
| Malaysia Forest Fund (MFF) |
Perkhidmatan |
Membangun dan melaksanakan penyelesaian untuk pemuliharaan hutan melalui pelaksanaan Strategi REDD Plus Kebangsaan. Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF) telah dibangunkan sebagai mekanisme kewangan untuk memberi insentif kepada aktiviti yang membantu mengekalkan hutan. |
| Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) |
Perkhidmatan |
Mengarusperdanakan Ekonomi Hijau melalui program pengembangan produk dan perkhidmatan hijau seperti Program Pensijilan Mark MyHIJAU. Pandu tindakan mitigasi perubahan iklim seperti advokasi untuk kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, program bandar rendah karbon dan mobiliti rendah karbon. |
| Malaysian Bamboo Society |
Perkhidmatan |
Memperkasa pembangunan buluh dengan memperkukuh inovasi dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan serta menerajui pengiat buluh dalam pelbagai bidang supaya terlahir usahawan buluh yang berdaya saing dan berdaya maju menjelang TN50. |
| Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC) |
Perkhidmatan |
Memperkasakan syarikat permulaan teknologi dan inovator sosial melalui kreativiti, inovasi dan penggunaan teknologi, serta membangunkan ekosistem keusahawanan yang bertenaga dan mampan di Malaysia. |
| Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia |
Perkhidmatan |
Memajukan, menggiat dan memulihara kemahiran dan ketukangan tradisional serta memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran kraftangan. |
| Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) |
Perkhidmatan |
Menyelaras dan mempergiatkan perkembangan yang dirancangkan bagi industri yang berasaskan kayu-kayan di seluruh negeri Sarawak. |
| Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) |
Perkhidmatan |
Menjadi agensi peneraju dalam mempromosikan penggunaan tenaga lestari (TL) sebagai satu daripada langkah penyelesaian untuk mencapai jaminan dan autonomi tenaga. |
| Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) |
Perkhidmatan |
Merupakan sebuah pusat latihan bertauliah yang berperanan untuk melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan, reka bentuk serta seni bina bangunan. |
| Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) |
Perkhidmatan |
Menyediakan latihan kemahiran, menganjurkan pertandingan reka bentuk perabot serta menyelaras Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) bagi memenuhi keperluan industri. |
| Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) |
Perkhidmatan |
Sebuah agensi badan pemikir yang membantu merangka polisi dan hala tuju Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya melalui Belanjawan Negeri. Satu modul "Strategi Memperkasakan Industri Buluh Tempatan" telah ditulis oleh Nor Suzana binti Yusof (Penyelidik TSIS Kluster Alam Sekitar & Pertanian). |
| The Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) |
Perkhidmatan |
Sebuah organisasi korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Menteri Kewangan yang bertanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan. |
| Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Perkhidmatan |
Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan teknologi berkaitan buluh bagi mengoptimumkan penggunaan sumber bahan mentah buluh. |
| Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) |
Perkhidmatan |
Menjalankan penyelidikan berkaitan inovasi dan produk buluh untuk memanfaatkan potensi buluh sebagai bahan serba boleh yang berkelangsungan dan berkualiti tinggi. |
| Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Perkhidmatan |
Memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi berkaitan tanaman buluh dan produk buluh. |
| Universiti Sains Malaysia (USM) |
Perkhidmatan |
Membangunkan program penyelidikan dalam penggunaan buluh seperti membangunkan inovasi proses di bawah program Innovation for Community (INNO40C) iaitu Ambatu Kelarai Scale-Up Project hasil penyelidikan bagi meningkatkan lagi hasil anyaman komuniti. |
| Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) |
Perkhidmatan |
Pusat Penyelidikan Buluh (BambooRC) merupakan satu daripada Pusat Penyelidikan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang terlibat dalam latihan dan penyelidikan berkaitan buluh, terutamanya dalam konteks pembangunan lestari. |
| World Wide Fund for Nature (WWF) |
Perkhidmatan |
Memulihara alam semula jadi dan mengurangkan ancaman paling mendesak terhadap kepelbagaian hidupan di Bumi. |
| Yayasan Hijau Malaysia |
Perkhidmatan |
Memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menggalakkan penyertaan Entiti Korporat, Komuniti dan orang awam ke arah meningkatkan amalan hidup hijau di Malaysia melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan penajaan sambil mewujudkan kesedaran dan menyeru tindakan mengenai kepentingan untuk mewujudkan cara hidup hijau. |
| Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) |
Perkhidmatan |
Agensi yang memfokuskan untuk menyuburkan percambahan idea-idea inovasi baharu yang berpotensi untuk memberi kesan dalam kehidupan sosial masyarakat. |